mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar Baru Beris Jaya yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Internet Komuniti Bandar Baru Beris Jaya, menyediakan pelbagai kemudahan berasaskan ICT dan teknologi buat pengguna dan masyarakat sekitar.
 
NADI Bandar Baru Beris Jaya telah dibangunkan pada tahun 2013 dan telah beroperasi sepenuhnya pada tanggal 19 Julai 2013
 
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah menaip surat rasmi dan pelbagai jenis dokumen, membuat rekaan design menu, sijil, kad nikah, kad tunang, kad harijadi dan pelbagai lagi.
 
Selain itu terdapat juga perkhidmatan cetakan berwarna dan hitam putih serta laminate dan scan.
 
NADI juga menyediakan kelas latihan ICT komputer, latihan keusahawan online dan edit gambar online untuk semua peringkat umur.
 
Lokasi NADI Bandar Baru Beris Jaya terletak berhampiran dengan Masjid Al-Islah Bandar Baru Beris Jaya serta gelanggang futsal Bandar Baru Beris Jaya.
 
Bagi yang memerlukan perkhidmatan yang disebutkan ataupun mahu maklumat tentang khidmat dan perkhidmatan yang ditawarkan, boleh berkunjung ke NADI Bandar Baru Beris Jaya